Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 24 September 2011

Chong Wei ke final

CHONG WEI semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraannya pada Terbuka Jepun.





TOKYO – Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-13, 21-16 pada peringkat separuh akhir semalam. Pemain No. 1 dunia itu mudah melepasi tentangan hebat daripada pemain Denmark yang berusia 34 tahun itu.

“Peter adalah seorang pemain yang hebat. Saya rasa ia agak sukar untuk mengatasinya secara fizikal. Saya hanya perlu bermain dengan tenang dan cuba untuk menyerang apabila mempunyai peluang. “Saya mempunyai hanya satu perlawanan lagi untuk diharungi dan berharap rentak cemerlang ini berterusan pada final esok (hari ini). Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik dan kalau boleh menjulang gelaran juara,” ujarnya.

Pada edisi tahun lepas, Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir. Sementara itu hasrat Chong Wei untuk berdepan Lin Dan pada final hari ini tidak kesampaian kerana juara dunia dari China itu mengambil keputusan menarik diri semalam akibat kecederaan. Keputusan Lin Dan itu membolehkan rakan senegaranya, Chen Long melangkah ke final. “Saya kecewa kerana tidak dapat meneruskan permainan dan saya juga tidak berani untuk mengambil risiko,” kata Lin Dan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular