Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 September 2011

Indonesia hantar amah hanya ke empat negara



JAKARTA /KUALA LUMPUR - Indonesia hanya akan meluluskan penghantaran tenaga kerja wanitanya sebagai amah ke empat negara iaitu Arab Saudi, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

Ketua Pengarah Penempatan Buruh, Reyna Usman berkata, kerajaan telah menjalankan penilaian secara intensif berhubung destinasi penghantaran amah.

"Berdasarkan keputusan penilaian, Indonesia menyenaraikan empat negara sahaja yang layak menjadi destinasi penghantaran amah negara ini.

"Rancangan untuk mengehadkan jumlah destinasi penghantaran dibuat selepas kementerian mengkaji aspek kebajikan dan keselamatan pekerja," kata Reyna, semalam.

Indonesia tidak akan meluluskan penghantaran ke negara-negara yang tidak menepati kriteria ditetapkan.

Berbanding negara lain, Hong Kong dan Taiwan mempunyai polisi serta undang-undang yang boleh melindungi pekerja asing.

"Jumlah kes penderaan dan layanan tidak adil terhadap pekerja asing di kedua-dua negara tersebut telah menurun.

"Malaysia merupakan negara yang paling banyak mendapatkan khidmat amah warga Indonesia kerana mempunyai hubungan budaya dan bahasa yang serupa," kata Reyna.

Sementara itu, Indonesia turut merancang untuk meningkatkan kualiti tenaga pekerja wanitanya yang mahu bekerja sebagai amah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular