Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 24 September 2011

Gadis Melayu Jual Maruah Untuk Mewah

Dari kiri - Aiza, Lily, Shila





PULAU PINANG - TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.

AIZA, 26, anak ketiga dari lima beradik:

“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

LILY, 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu.

Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot.

Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.

Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.

Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.

Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.

Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.

Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin.

Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular