Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 September 2011

Bapa lima anak jadikan OKU pembuas nafsu



KUALA TERENGGANU - Seorang bapa lima anak didapati bersalah merogol seorang remaja kurang upaya (OKU) di sebuah bangsal kebun limau pada 21 Ogos lalu.

Dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas
Hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa yang turut mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia mempunyai anak yang ramai selain mengaku insaf atas perbuatannya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun satu bulan di bangsal kebun limau pada jam 4 petang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular