Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 September 2011

Hina Johor: KM mohon maaf




PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular