Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 September 2011

‘Naik hantu’ mandur ditetak lehernya hampir putus

Fadilah (kiri) dalam keadaan sedih sambil mendukung anak bongsu. Gambar kecil, Omar.





PENAMPANG - Hanya kerana diminta menjelaskan hutang RM300, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila sanggup menetak seorang mandur sehingga lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, di sini, kelmarin.

Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa, Omar Daud, 26, turut dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan menggunakan parang yang turut menyebabkan beberapa jari tangan hilang dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Isterinya, Fadilah Jali, 23, yang terdengar jeritan suaminya di luar rumah segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berlumuran darah serta tertiarap tidak sedarkan diri.

Fadilah berkata, dia juga sempat melihat dua lelaki dipercayai adik-beradik lingkungan 20-an memegang parang dipenuhi darah berada di sisi suaminya.

Fadilah kemudian menjerit memanggil adik saudaranya, Hazri Sabri, 18, bagi membantu suami, tetapi tidak berjaya apabila seorang daripada lelaki berparang terbabit mengejar menyebabkan mereka memasuki dan mengunci diri dari dalam rumah sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri. Menurut Fadilah, sebelum kejadian dia bersama empat anaknya berada di dalam rumah sebelum meluru ke luar selepas mendengar jeritan suaminya.

“Saya melihat dua lelaki sedang memegang parang berdiri di sebelah tubuh suami yang berlumuran darah sebelum cuba meminta bantuan adik saudara yang kemudian bergegas cuba memberikan bantuan.

“Bagaimanapun, seorang suspek mengejar adik saudara saya dengan parang, menyebabkan dia melarikan diri dan masuk ke dalam rumah, manakala saya turut mengunci dari dalam bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ditemui di tempat kejadian, semalam.

Fadilah berkata, dia mengetahui seorang daripada suspek meminjam RM300 daripada suami selepas kalah berjudi, tetapi terus kalah dalam kegiatan itu menyebabkan suaminya cuba meminta suspek membayar semula wang dipinjam. Menurutnya, tindakan suaminya menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan suaminya ditetak hingga maut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek berang kerana mangsa memintanya memulangkan wang RM300 yang dipinjam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular