Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 September 2011

Lambakan DVD prono Indonesia di Ipoh





IPOH - Filem lucah dari Indonesia kini dijadikan pelaris kebanyakan pengedar filem cakera video digital (DVD) cetak rompak tempatan bagi mengaut keuntungan lumayan.

Filem panas dari negara seberang itu dianggap mampu menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi Jepun dan Barat.

Antara judul terbaru filem semi porno dari negara jiran yang baru memasuki pasaran ialah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir.

Seorang peniaga DVD cetak rompak, (dirahsiakan namanya) berusia 24, berkata premisnya menjual 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutama filem cinta berunsur erotik dan hantu.

Menurutnya, walaupun dijual RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan hingga dia membuat ulang tempahan daripada pengedar.

“Biasanya pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar dipaparkan pada kulit album DVD.

“Mereka (pengeluar filem) mengeksploitasi pelakon wanita dengan kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton,” katanya.

“Ia amat menguntungkan dan setakat ini saya menjual 50 DVD filem Indonesia dalam seminggu,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham menyifatkan filem negara jiran itu wajar diklasifikasikan sebagai filem semi pornografi.

Menurutnya, dia kecewa dengan lambakan filem dan drama terutama dari negara jiran Indonesia yang memasuki pasaran tanah air sewenang-wenangnya.

“Kebanjiran pelbagai filem lucah atau hantu seksi dari Indonesia dalam DVD cetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu mengejutkan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular