Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 September 2011

Hospital didakwa jual buah pinggang



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat berhubung dakwaan wujudnya kegiatan pemerdagangan manusia di negara ini bagi tujuan mendapatkan organ secara haram.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya masih meneliti kesahihan dakwaan itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau berkata, pihak bertanggungjawab seperti doktor atau pengamal perubatan yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta memaklumkan kepada pihak polis.

“Kita akan menilai perkara itu terlebih dahulu dan jika ada asas kita akan siasat. Perkara seperti ini sangat serius dan kita tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di Taman Tasik Permaisuri di sini hari ini.

Hari ini, sekumpulan doktor dan pengamal perubatan membuat laporan di Balai Polis Tun H. S. Lee mengenai dakwaan tersebut dan meminta pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenainya.

Menurut Presiden Persatuan Transplan Malaysia, Datuk Dr. Harjit Singh, pihak polis perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu supaya doktor dan klinik yang terlibat dengan penjualan organ secara haram ini dapat diambil tindakan.

Jelasnya, sekiranya hasil siasatan mendapati dakwaan itu tidak berasas maka, pihak polis perlu memaklumkan perkara itu kepada umum agar tiada tanggapan negatif terhadap Malaysia.

“Pihak polis diminta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sekiranya laporan itu benar berlaku,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular