Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 September 2011

Dua madu tinggal serumah sepakat tuntut cerai



KUALA LUMPUR - “ Antara perkataan dia selalu kata pada kami adalah perempuan pelacur dan lembu. Untuk makluman mahkamah, saya dan madu, Siti Shahina Abdul Rahim, tinggal bawah satu bumbung, masing-masing pernah melihat antara kami dipukul, dimaki dan dimarahi oleh Liaquat,” kata seorang wanita yang bersepakat dengan madunya untuk bercerai dengan suami mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.

Marziana Zakaria yang berusia lingkungan 30-an berkata demikian dalam keterangannya di mahkamah semalam dalam permohonan cerai baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Walaupun madu itu didakwa saling menyihir antara satu sama lain mereka akhirnya bersetuju untuk bercerai dengan lelaki itu selepas tidak tahan dengan perangai suami mereka yang didakwa bersikap buruk.

Menurut Marziana yang juga isteri kedua kepada Liaquat Ali, sikap suaminya yang panas baran, suka memaki-hamun dan memukulnya adalah antara sebab dia dan Siti Shahina, 40-an mengemukakan permohonan cerai.

Selain itu, lelaki berkenaan didakwa enggan menjalani sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular