Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 September 2011

Polis parah terkena peluru revolver sendiri

Isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin.





KUALA LUMPUR - Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.

"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.

"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.

Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.

Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.

Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular