Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 September 2011

Noraniza Idris: Pernikahan kali ketiga yang terakhir

Suami terbaru Noraniza bergambar selepas akad nikah.





JOHOR BAHRU - “Saya berdoa supaya pernikahan kali ketiga ini yang terakhir, ia juga doa serta harapan dua anak saya, Mohd Alif Haikal Fareez yang berusia 19 tahun serta Mohd Alfeq Haikal yang berusia 15 tahun.

“Berbanding pasangan lain yang berbulan madu, kami berdua merancang mengerjakan umrah bagi mendapatkan keredaan Allah SWT selain ditunjukkan-Nya jalan ke arah pintu kebahagiaan serta kejayaan,” kata Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, yang bernikah buat kali ketiga dengan seorang bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, di sini, petang semalam.

Dengan dua kali lafaz di majlis akad nikah pada jam 2.45 petang itu, Jeffri yang juga duda empat anak dan Noraniza yang anggun berbaju gaun labuh berwarna putih sah menjadi pasangan suami isteri.

Pasangan berkenaan diijabkabulkan jurunikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak ‘Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia’ di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana.

Majlis pernikahan itu turut disertai keluarga kedua-dua mempelai, kanak-kanak kurang upaya dari Sekolah Pendidikan Khas, Taman Ungku Tun Aminah selain ratusan peminat Noraniza dari seluruh negara.

Biarpun Noraniza yang berasal dari Kluang kelihatan tenang sepanjang majlis berkenaan, dia sebak sejurus Jeffri selesai melafazkan akad nikah itu.

Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Hantaran Noraniza kepada Jeffri ialah al-Quran, sirih junjung, songkok, kain pelekat, wangian dan tasbih.

Manakala Jeffri yang mendirikan rumah tangga selepas menduda hampir 13 tahun memberikan Noraniza cincin, sirih junjung, al-Quran, alat solekan dan kain telekung.

Pasangan itu yang mengikat tali pertunangan pada 22 April diijabkabulkan selepas solat Zuhur dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.

Noraniza berkata, berbanding perkahwinan sebelum ini, pengalaman bergelar raja sehari semalam sesuatu yang paling indah kerana dia berserah sepenuhnya kepada Allah SWT untuk merestui dan memberkati hubungan itu.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini supaya suami sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan bagi membolehkan saya mencapai kejayaan termasuk memperluaskan empayar perniagaan keluarga,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular