Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 September 2011

Rogol anak: Ayah 41, dihukum jel 60 tahun dan sebatan



TELUK INTAN - Keputusan Mahkamah Sesyen Teluk Intan menjatuhkan hukuman mutlak 60 tahun penjara dan 18 sebatan pada pagi semalam, membuatkan tertuduh, yang berusia 41 tahun dan keluarganya tersentak.

Tertuduh yang menghadapi tiga pertuduhan atas kesalahan merogol anak kandungnya, seolah-olah tidak percaya mendengar hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abd Ghalib itu.

Tertuduh sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sama untuk setiap pertuduhan ke atas dirinya pada 20 Oktober lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengurangkan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun, Adli dalam keputusannya semalam, telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan untuk setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh yang diwakili peguam bela, Firdaus Rizal.

Adli juga mengarahkan hukuman ke atas tertuduh dijalankan secara berasingan bermula tarikh 15 Januari 2010.

Pertuduhan kes itu dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar.

Mengikut fakta kes, dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya pada Februari 2009, jam 4 pagi, ketika mangsa berumur 11 tahun 9 bulan, di rumahnya di Sungai Manik.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh merogol mangsa pada Julai 2009, antara jam 8.30 pagi dan 9 pagi ketika mangsa berumur 12 tahun 2 bulan.

Manakala, pada Disember 2009, sekitar jam 9 malam dan 12 malam, tertuduh sekali lagi merogol mangsa ketika anaknya berumur 12 tahun 7 bulan, juga di rumah yang sama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular