Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 September 2011

Ramai para suami didera isteri



KUALA LUMPUR - Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.

Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.

Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.

Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular