Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 September 2011

Video seks di pejabat ADUN ??



SHAH ALAM - Susulan paparan klip video seks didakwa berlaku di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari oleh sebuah blog sebelum ini, satu laporan polis dibuat oleh pegawai khas wakil rakyat itu, semalam.

Laporan itu dibuat jam 10.50 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan turut disertai pegawai Pusat Khidmat terbabit dan beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pegawai Khas Yaakob Sapari, Rezwan Alias berkata, pihaknya menafikan tuduhan blog tersebut dan mendakwa dakwaan terbabit bertujuan mencemar reputasi baik wakil rakyat Kota Anggerik itu.

Menurutnya, tuduhan tersebut adalah palsu berdasaran dekorasi bilik dalam klip video terbabit berbeza berbanding dekorasi asal pejabat Pusat khidmat Adun Kota Anggerik yang difahamkan tidak pernah berubah sejak dibuka pada 2008 lalu.

Beliau turut menafikan dakwaan blog tersebut bahawa kakitangan pusat khidmat itu terbabit dalam klip video berkenaan.

“Kita menyangkal dakwaan entri blog terbabit bahawa kakitangan pusat khidmat Adun Kota Anggerik terlibat dalam video itu kerana dekorasi dalaman tidak sama seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Maka kami minta agar polis segera mengambil tindakan wajar ke atas blog berkenaan kerana ia dilihat satu strategi untuk menjatuhkan kredibiliti Yaakob Sapari,” katanya kepada media, semalam.

Klip video bertarikh 19 September itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak senonoh dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular