Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 September 2011

Pemerintah S'pura: : Tiada sebab semak kes 16 tahanan ISA



SINGAPURA - PEMERINTAH melihat tiada sebab untuk menjalankan semakan terhadap kes penahanan 16 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi satu Suruhanjaya Siasatan sekarang, lebih 20 tahun selepas insiden itu.

Ini memandangkan setiap kes ISA itu telah diteliti ketika itu oleh Lembaga Penasihat yang dipengerusikan seorang hakim Mahkamah Agung.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam berkata 16 bekas tahanan itu telah meminta Suruhanjaya Siasatan diadakan bagi menyiasat tindakan menahan mereka di bawah ISA.

Namun, MHA berkata keganasan dan kegiatan subversif yang dijalankan pemberontakan Komunis dari 1940-an hingga 1970-an merupakan realiti sejarah.

Tindakan pemerintah terhadap komplot Marxist pada lewat 1980-an pula telah dijelaskan dan didebat dengan meluas di Parlimen.

MHA berkata insiden-insiden itu ancaman serius ke atas keselamatan Singapura, oleh itu ia tidak boleh dipandang sebagai 'retorik' semata-mata, sebagaimana yang ingin dilakukan para tahanan itu sekarang.

'Penahanan di bawah ISA dilakukan atas sebab-sebab keselamatan berasas dan dikendalikan dengan betul berdasarkan undang-undang,' kata MHA.

Bekas tahanan ISA itu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mempersoal tempoh penahanan mereka dan proses yang dijalankan Lembaga Penasihat ISA.

Sembilan daripada 16 bekas tahanan itu pernah terlibat aktif dalam kegiatan Barisan Bersatu Komunis (CUF) bagi menyokong Parti Komunis Malaya (CPM) yang berazam menjatuhkan dengan keganasan pemerintah di Singapura dan Malaysia yang dipilih mengikut perlembagaan.

Tujuh orang terlibat dalam komplot Marxis bagi memporak-perandakan Singapura.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular