Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 September 2011

Kota Singa tetap akan jadi hos hingga 2014

Encik Iswaran (berjeket kelabu), Ratu Universe, Leila Lopes (memakai tiara), dan para finalis peraduan Ratu Universe beramah-mesra dengan kanak-kanak dan belia daripada Beyond Social Service dalam satu acara di restoran Fuse di Marina Bay Sands.


SINGAPURA - Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan beberapa agensi pemerintah termasuk Singapore GP (SGP) kini sedang mengadakan perbincangan sama ada untuk melanjutkan F1 untuk tempoh lima tahun lagi selepas kontrak yang ada akan berakhir pada 2012.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Perdagangan dan Perusahaan, Encik S. Iswaran, berkata antara pertimbangan yang bakal diambil sebelum Singapura membuat keputusan ialah mengadakan analisis bagi menentukan kos dan manfaatnya sekiranya Singapura terus menjadi hos temasya sukan tersebut.

Encik Iswaran menyatakan demikian selepas meluangkan masa untuk beramah mesra dengan 40 kanak-kanak dan belia daripada badan kebajikan Beyond Social Service di restoran Fuse di Marina Bay Sands petang semalam.

Beliau ditemani oleh Ratu Universe, Cik Leila Lopes, dari Angola dan beberapa lagi finalis peraduan tersebut.

Encik Iswaran dan para tetamu khas itu telah dihiburkan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak tersebut.

Ditanya mengenai masa depan perlumbaan F1 di Singapura, Encik Iswaran berkata mereka masih di dalam proses perbincangan.

Menurutnya selepas tamatkontrak lima tahun itu pada musim depan, Singapura boleh melanjutkannya untuk lima tahun lagi.

'Namun jika kita membuat keputusan untuk tidak meneruskannya, kita harus menjadi tuan rumah untuk dua musim lagi.

'Sekurang-kurangnya perlumbaan tersebut akan tetap ada untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi,' ujarnya.

Encik Iswaran berkata, perlumbaan tersebut bukan sahaja unik, kerana ia dipertandingkan pada waktu malam, tetapi ia juga merupakan sumber ekonomi yang baik bagi negara ini.

Beliau berkata, lebih daripada 110 000 pengunjung telah melawat Singapura dalam tiga tahun yang lalu, khususnya untuk perlumbaan F1 Singapura.

Ini, kata Encik Iswaran, telah membantu dalam pembangunan Singapura.

Selepas Singapura, perlumbaan ini akan berpindah ke Suzuka, Jepun, bagi Grand Prix Jepun bermula 7 hingga 9 Oktober ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular