Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 September 2011

Penyakit misteri: Pok Nik ‘Lelaki gajah’

Pok Nik We menghidapi ketumbuhan pada wajah sejak 20 tahun lalu.



KUALA LIPIS - Ada kalanya bengkak di mukanya membesar hingga ‘menenggelamkan’ matanya, tetapi apa yang anehnya, Ismail Yaakob atau lebih dikenali sebagai Pok Nik We, 64, dari Kampung Mentara Baru, di sini, tidak berasa sakit sebaliknya hanya mendatangkan rasa gatal.

Setiap kali mukanya gatal dan bengkaknya membesar, Pok Nik We menggaru menggunakan tuala kecil dan atas keganjilan serta rupanya pelik itulah membuatkan penduduk kampung memberi gelaran ‘Lelaki gajah’.

Sudah lebih 20 tahun Pok Nik We diserang penyakit misteri itu dan telinganya sudah lali mendengar orang memanggilnya ‘Lelaki gajah’ dan gelaran itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha mencari nafkah keluarga dengan hasil pendapatannya sebagai penoreh getah.

Dia mengakui sudah biasa, tetapi apa yang menimbulkan rasa pelik ialah mengapa ketumbuhan di kedua-dua belah pipinya itu membesar dan mengecil pada masa-masa tertentu.

“Ia membuatkan bahagian berkenaan gatal. Apa yang pelik ia tidak pula sakit,” kata bapa kepada enam anak itu.

Pok Nik We berkata, dia pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kira-kira dua tahun lalu, namun penyakit misteri itu masih berulang.

“Sudah tidak terbilang rasanya bomoh yang saya temui, namun gagal mengubati,” katanya.

Warga emas itu berkata, dia kini berserah kepada Allah kerana sudah puas berikhtiar mengubati penyakit dialaminya itu.Dia yang berpendapatan RM600 sebulan kini menyara tiga anak berusia tujuh hingga 20 tahun manakala isterinya tidak bekerja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular