Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 September 2011

Tempoh pajakan Kampung Melayu dilanjut ke 17 Oktober

Perkampung Melayu Geylang Serai, Singapura.



SINGAPURA - TEMPOH pajakan Kampung Melayu Geylang Serai telah dilanjutkan hampir sebulan hingga 17 Oktober ini bagi memberi masa kepada pihak pengurusan mengosongkan premis tersebut.

Kampung itu sepatutnya melabuhkan tirainya dan ditutup secara rasmi untuk diserahkan kembali kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kelmarin.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan demikian menerusi jawapan e-mel kepada wartawan, kelmarin.

'Tempoh pajakan selama 20 tahun bermula 27 September 1991. Meskipun ia berakhir 26 September lalu, HDB telah melanjutkan tempoh pajakan hingga 17 Oktober ini agar pihak pengurusan dapat mengosongkan premis,' ujar MND.

Kunjungan wartawan ke perkampungan seluas 2.2 hektar tersebut tengah hari semalam mendapati semua kedai telah ditutup dan seluruh perkampungan telah dirantai dan dikunci rapat.

Suasana begitu sepi dan lengang dan kelihatan hanya beberapa pekerja pembinaan dan tiga kakitangan Malay Village Pte Ltd - syarikat pengelola kampung itu - duduk bersembang di luar sebuah kedai.

Salah seorang daripada kakitangan tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata bahawa HDB telah membenarkan tempoh pajakan dilanjutkan, awal bulan ini.

Beliau berkata meskipun tempoh pajakan telah dilanjutkan, kesemua 66 penyewa Kampung Melayu telah pun menutup dan mengosongkan kedai masing-masing pada 25 September lalu.

'Seluruh tempat juga telah dirantai dan tiada sesiapa kecuali pihak pengurusan dan pekerja pembinaan dibenarkan masuk.

'Apa yang kami sedang lakukan sekarang ialah mengosongkan kedai-kedai di sini, seperti mengeluarkan segala perabot yang ada, hingga setiap kedai tinggal 'empat dinding'. Ini perlu dilakukan sebelum kampung ini dikembalikan kepada HDB,' ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular