Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 September 2011

All Your Love Dari Siti Nurhaliza

PENAMPILAN terbaharu Siti Nurhaliza sempena kemunculan album All Your Love.






KUALA LUMPUR - Datuk Siti Nurhaliza sudah berada di satu kelas yang tersendiri dengan rentetan kejayaan yang dikecapi, apa sahaja genre lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut juga tidak pernah menghampakan para peminatnya.

Dengan pengalaman yang luas sebagai seorang anak seni, namun jauh di sudut hati penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini seakan-akan merasakan belum puas dengan pencapaian yang diperolehnya itu.

Sehinggakan penyanyi berkenaan telah mencabar dirinya sendiri untuk menciptakan suatu kelainan bagi album terbaharunya dan kini lahirlah sebuah album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love.

Dalam satu majlis pelancaran album berkenaan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini, Siti menyifatkan kelahiran album tersebut begitu istimewa buat dirinya.

"Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Akhirnya saya telah mencabar diri untuk muncul pula sebuah album Inggeris.

"Lagipun selama ini sudah ramai yang bertanya bila saya akan muncul dengan album Inggeris. Memang sudah lama saya berniat mahu menghasilkannya, tetapi baru sekarang ia dapat direalisasikan," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas majlis pelancaran berakhir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular