Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 September 2011

Nama dikeluar dari senarai pengundi jika tidak undi




SINGAPURA - NAMA penduduk yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Presiden yang lalu tetapi gagal berbuat demikian akan dikeluarkan daripada senarai Pendaftar Pengundi.

Mereka juga tidak layak mengundi atau menjadi calon dalam pilihan raya akan datang jika nama mereka tidak didaftar semula ke dalam senarai tersebut.

Penduduk yang tidak mengundi boleh memeriksa nama mereka mulai hari ini di laman www.elections.gov.sg, atau di Jabatan Pilihan Raya atau di kelab-kelab masyarakat (CC).

Proses mendaftar semula nama ke dalam Pendaftar Pengundi akan ditutup sejurus selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan bagi pilihan raya akan datang.

Jabatan Pilihan Raya menasihati penduduk yang tidak mengundi pada Pilihan Raya Presiden 2011 atau pilihan raya lalu agar mendaftarkan nama mereka semula di Pendaftar Pengundi.

Mereka boleh berbuat demikian melalui laman Jabatan Pilihan Raya, atau menerusi borang yang boleh didapati di jabatan tersebut atau di sebarang kelab masyarakat pada waktu pejabat atau dimuat turunkan daripada laman Jabatan Pilihan Raya.

Para pengundi itu akan menerima pemberitahuan daripada Jabatan Pilihan Raya dalam masa sebulan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular