Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 20 September 2011

Murtad: Pelajar diletakkan di pusat pemulihan akidah




KOTA BHARU - “Untuk cakap 100 peratus perubahan dalam diri tidak boleh juga, sebab benda ini (perubahan) perlu ambil sedikit masa. Sikit (perubahan) itu ada, sebagai contoh kerelaan saya untuk berpuasa dan saya tidak membantah.

“Saya ikut cara diri sendiri dan tidak mudah dipengaruhi,” kata penuntut Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, di Mahkamah Rayuan Syarie, di sini, semalam.

Mohamad Fariz berkata, demikian ketika hadir ke mahkamah untuk mendengar semakan kehakiman terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty yang mengarahkan dia diawasi Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) selama enam bulan.

Tindakan melakukan semakan semula keputusan itu, bagi membolehkan Mohamad Fariz yang sebelum ini didakwa cuba keluar daripada Islam pada 24 April lalu, diletakkan di tempat yang sesuai bagi menjaga akidahnya berikutan unit berkenaan tidak mempunyai kelengkapan mencukupi.

Panel tiga hakim yang bersidang iaitu Pengerusinya, Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Tun Ahmad Fairus Sheikh Abdul Halim, membenarkan semakan berkenaan dan membatalkan keputusan terdahulu. Tiga panel hakim itu mengarahkan Mohamad Fariz diletakkan di bawah seliaan Majlis Agama Islam Kelantan (bahagian agama Islam) untuk membimbingnya kerana lebih sesuai untuk memulihkan akidahnya.

“Rayuan yang dikemukakan pada hari ini (semalam) berhubung semakan keputusan di antara Ketua Pendakwa Syarie, Che Hassim Deraman dan Mohamad Fariz. Rekod sebelum ini menunjukkan Mohamad Fariz diletakkan di bawah Unit Dakwah JAHEAIK.

“Semakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mendapati keputusan untuk meletakkan kamu di situ tidak sesuai atau tidak selesa untuk pulihkan akidah kamu, maka mahkamah sebulat suara membatalkan keputusan terdahulu dan mengubah untuk kamu dibimbing Majlis Agama Islam (Kelantan),” kata Daud.

Terdahulu, kes berkenaan disebut kira-kira jam 10.25 pagi, sebelum nama Mohamad Fariz dipanggil untuk tampil ke hadapan bagi mendengar prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan Che Hassim.

Che Hassim mengemukakan semakan kerana Unit Dakwah JAHEAIK tidak sesuai untuk responden kerana tiada kelengkapan mencukupi, tidak ada pembimbing sesuai, selain perlu diletakkan di Pusat Pemulihan Akhlak Darul Iman, Ulu Yam, Selangor.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular