Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 20 September 2011

Penjara sehari kerana atur 'perkahwinan poligami'

Osman (kiri) dan Mohd. Zulkifli di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Seorang warga emas terpaksa meringkuk di penjara sehari selain didenda RM11,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM2,300 kononnya bagi mengaturkan perkahwinan poligami tanpa mengikut prosedur yang sah.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Osman Nandood, 64, yang kelihatan sugul di dalam kandang tertuduh.

Sekiranya gagal membayar denda, Osman bakal berhadapan hukuman penjara selama setahun. Osman membayar denda itu.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu mengaku menerima wang berkenaan daripada Mohamad Adib Ab. Rahman, 27, di No. 39, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, Sentul di sini pada pukul 2.37 petang, 13 Februari 2011.

Wang itu adalah sebagai upah bagi membantu menguruskan perkahwinan Mohamad Adib untuk berpoligami dengan pasangannya, Nor Fariha Rosli tanpa mengikut prosedur di bawah Seksyen 23 Akta Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular