Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 September 2011

'Ustaz Muhamad' mungkin hadapi tuduhan rasuah pula

USTAZ MUHAMAD, Sekarang ditahan reman di Penjara Changi dan dibawa menghadap ke muka pengadilan lagi pada 26 September ini.




SINGAPURA - LELAKI yang dikenali sebagai 'Ustaz Muhamad' di kalangan asatizah dan masyarakat Melayu/Islam di sini, yang didapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan dadah, kini dijangka menghadapi tuduhan berkaitan rasuah pula.

Sumber-sumber rapat mendedahkan, beberapa peguam berprofil tinggi turut terlibat dan mungkin akan diseret ke muka pengadilan bagi menghadapi tuduhan serupa.

Pihak pendakwa raya kelmarin mengesahkan bahawa Muhamad kini sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Dia kini sedang ditahan reman di Kompleks Penjara Changi sementara menantikan kesnya didengar lagi pada 26 September ini.

Difahamkan, kes rasuah itu melibatkan percubaan menukar kenyataan saksi dalam kes dadah yang dihadapi Muhamad.

Sejumlah $20,000 juga dikatakan telah bertukar tangan.

Muhamad, 44 tahun, seorang ahli perniagaan sebuah syarikat logistik, meloloskan diri daripada cengkaman pihak berkuasa pada Mei 2004 selepas dia didapati bersalah atas dua tuduhan - bersubahat mengimport 5.64 gram ganja dan menghisap ganja.

Kesalahan pertama membawa hukuman penjara antara lima dengan 30 tahun dan disebat lima kali, manakala kesalahan kedua pula membawa hukuman denda sebanyak $20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Muhamad, yang beristeri dua dan punya lima anak, mulanya bersembunyi di Indonesia dan setelah itu, ke Kuala Lumpur, Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular