Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 November 2011

ADAKAH INI DIKIRA PRODUK I. K. S ?






SLIM RIVER - Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular