Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 19 November 2011

Awas bahaya ‘kopi pacak’ buat penis tegang dan keras

Mazlan menunjukkan pelbagai jenama kopi pacak yang dirampas.





IPOH - Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.

Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.

Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.

Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular