Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 November 2011

Empat dituduh bunuh pegawai Rela




TAMPIN — Empat lelaki termasuk seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang pegawai Rela pada 18 Oktober lepas.

Rosman Ali Abdul Ghani, 27, Kamaruddin Idrus, 53, Zaki Zahari, 18, dan anggota tentera Mohamad Asrol Izek Md Aris, 22, didakwa menyebabkan kematian Hamzah Abdul Majid, 55, di tebing Sungai Linggi, berhampiran Taman Angsa Mas, Mambau, Seremban dengan cara mengelar leher dan menikam badannya, antara 10 malam dan 12 tengah malam 18 Oktober lepas.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie Ahmad di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan kimia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular