Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 5 November 2011

Firma Melayu tawar dividen 14%-17% sebulan tarik ramai pelabur

Foto hiasan.





SINGAPURA - DIVIDEN antara 14 dengan 17 peratus sebulan - terlalu tinggi jika dibandingkan dengan faedah simpanan tetap di bank yang hanya sekitar 1 peratus setahun.

Pelabur juga dijanjikan dengan bonus kumpulan dan komisen 10 peratus daripada jumlah saham pelabur baru yang mereka tarik menyertai sama.

Janji-janji muluk dan hanya di atas kertas itu ditawarkan oleh sebuah firma Melayu yang mula bergiat aktif beberapa bulan lalu bagi menarik pelabur menyertai skim pelaburan Virgin Gold Mining Corporation (VGMC).

Siasatan Berita Harian mendapati telah ramai pelabur, termasuk golongan artis dan peniaga, menyertai skim kelolaan firma yang berpejabat di Joo Chiat Complex itu.

Pencarian di laman Penguasa Perakaunan dan Pengawalan Korporat (Acra) menunjukkan firma tersebut menjalankan kegiatan sebagai ejen komisen dengan kedua-dua pemiliknya ialah wanita Melayu warga Singapura.

Tetapi di laman sosial Facebook pula, firma itu sebaliknya menyatakan ia merupakan konsultan kewangan yang menjalankan kegiatan pelaburan emas dan pusat pemegang saham VGMC di Singapura.

Seorang ejen firma itu, ketika dihubungi menerusi telefon nombor yang tertera di Faceboook firma berkenaan, menyatakan, lebih 200 pelabur telah menyertai VGMC yang disebarkan dari mulut ke mulut.

Jumlah pelaburan pula dipercayai sudah mencecah ratusan ribu dolar.

VGMC dikatakan bermula di Malaysia sebelum merebak ke Indonesia dan Singapura. Ia telah dilabel di Internet sebagai skim ponzi atau skim cepat kaya.

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan yang membabitkan pulangan luar biasa kepada pelabur daripada wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya daripada pendapatan bersih yang dihasilkan daripada sebarang perniagaan sebenar.

Di seberang Tambak, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberi amaran bahawa VGMC tidak diiktiraf menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urus niaga kontrak hadapan termasuk memberi nasihat tentang pengurusan dana atau berkaitan pasaran sekuriti.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga mengesahkan VGMC telah dimasukkan ke dalam Senarai Amaran Pelabur atau Investors Alert List (IAL).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular