Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 20 November 2011

Hina Islam: Bekas aktivis Sayap Muda S'pura mohon maaf

Jason Neo.





SINGAPURA - BEKAS aktivis Sayap Muda Parti Tindakan Rakyat (Young PAP - YP) Encik Jason Neo, telah memohon maaf atas perbuatannya dan bersedia secara peribadi untuk menemui pihak tadika dan ibu bapa murid.

Dalam e-melnya kepada Huda Kindergarten yang turut dikirimkan kepada wartawan petang semalam, Encik Neo berkata, beliau tidak berniat langsung untuk menyinggung perasaan sesiapa.

'Saya melakukan perbuatan kurang waras itu dan telah mengeluarkannya dari dinding Facebook apabila menyedari perbuatan itu telah menyinggung perasaan.

'Saya berharap Huda Kindergarten dapat memaafkan perbuatan saya yang kurang peka itu,' kata Encik Neo.

Awal dari itu, para pemimpin YP telah mengunjungi Huda Kindergarten pagi semalam sebagai langkah perdamaian menyusuli insiden tersebut.

Pengerusi YP, Encik Teo Ser Luck, dan Naib Pengerusi YP, Encik Zaqy Mohamed, telah menemui pemilik Huda Kindergarten, Syed Abdul Rahman Al-Tahir, di cawangan tadika itu di Woodlands.

'Kami memohon maaf bagi pihak YP atas kejadian tersebut dan kami sedia bekerjasama dengan Huda Kindergarten untuk menjernihkan keadaan dan memberi penjelasaan kepada ibu bapa dan waris murid,' kata Encik Zaqy ketika dihubungi semalam.

Para pemimpin YP juga telah menekankan keutamaan keharmonian kaum sebagai nilai teras parti.

YP mengambil langkah itu menyusuli komen di Facebook yang dibuat oleh Encik Neo, 30 tahun, yang memuat naik gambar yang kelihatan seperti kanak-kanak dalam bas 'Huda Kindergarten (Woodlands)'.

Di bawah gambar itu tertulis 'Bas dipenuhi pelatih pengganasan?'

Kebanyakan anggota masyarakat Islam dan bukan Islam telah mengecam perbuatan itu.

Menyusuli kunjungan para pemimpin YP itu, Syed Abdul Rahman berkata, beliau menghargai kunjungan mereka yang turut menemui beberapa orang ibu bapa dan waris murid Huda Kindergarten.

'Mereka telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan pihak tadika, ibu bapa mahupun masyarakat Melayu/Islam,' katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular