Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 November 2011

Kim Swee bakar semangat Harimau




KUALA LUMPUR - KATA-KATA azimat bakal menjadi senjata terakhir jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee buat membakar semangat anak buah yang bakal membuat perhitungan dengan Indonesia bagi menentukan juara Sukan Sea edisi ke-26 hari ini.

Meskipun dihimpit kecederaan tonggak utama yang menyaksikan kehilangan Syahrul Azwari Ibrahim (buku lali), Izzaq Faris Ramlan (lutut), Mohd Fandi Othman (hamstring) namun Kim Swee yakin anak buahnya akan turun beraksi demi maruah negara.


“Sebelum perlawanan bermula esok (hari ini), saya akan memberikan kata-kata semangat kepada pemain. “Pada mulanya saya mahu ucapkan pada perlawanan peringkat Kumpulan A dengan Indonesia sebelum ini tapi saya simpan dulu kerana mahu gunakan pada final ini.

“Kata-kata ini pastinya akan membakar semangat juang pemain kerana ini membabitkan soal maruah negara,” jelasnya yang enggan menyatakan apakah kata-kata itu.

Mengulas ketiadaan tonggak utama termasuk kemungkinan terpaksa mengetepikan Irfan Fazail, Kim Swee bersedia membuat beberapa perubahan taktikal termasuk memasukkan Yong Kuong Yong, A Thamil Arasu dan Mohd Zubir Azmi.

Biarpun Kim Swee berdepan pelbagai masalah termasuk dihalang menemui pemain-pemain di tepi padang untuk meraikan kemenangan ke atas Myanmar 1-0 di separuh akhir kelmarin, beliau tetap fokus untuk memastikan kejuaraan kekal milik Malaysia.

“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak membenarkan saya masuk ke padang untuk bertemu pemain selepas tamat perlawanan semalam (kelmarin), besar sangat ke kesalahan saya sampai diperlakukan seperti ini?” katanya yang hanya menyaksikan perlawanan itu dibangku penonton.

“Keyakinan saya tetap sama seperti awal lagi bahawa pasukan negara mampu mempertahankan pingat emas,” tegas Kim Swee.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular