Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 November 2011

Kisah 'Natrah'(1): membabitkan Malaysia - Indonesia - Singpura


NATRAH.






CHUKAI - Natrah anak pasangan Adeline Hunter dan Andrianus Petrus Hertogh, berketurunan Belanda, yang diserahkan ibunya kepada seorang wanita bernama Che Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia, selepas pasangan suami isteri itu menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.

Sejak itu, Natrah ketika itu berusia lima tahun, dibesarkan Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan ibu angkatnya itu memeliharanya seperti anak sendiri dan diberi didikan mengikut adab Melayu dan Islam.

Namun, selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan dia berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Hertogh untuk mengambil kembali anaknya.

Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda, sekali gus mencetuskan rusuhan di Singapura menyebabkan 18 maut dan ratusan lagi cedera.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular