Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 19 November 2011

Majlis perkahwinan Nur Shid’la RM15 juta

Nur Shid’la Ahmad Kamarudin (Syella)






KUALA LUMPR - SELEPAS puas mencari cinta sejati, akhirnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain.

Menurut Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal. “Perkenalan saya dengannya bermula selepas selesai majlis amal itu apabila dia antara penganjur program itu ingin membayar duit persembahan.

“Selain mengusahakan butik dan kedai makan, saya juga terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain. Lalu kami bekerjasama dan dalam melicinkan urusan perniagaan itu, saya lebih menganggap dia sebagai bos saya.

Ketika berada di Tanah Suci setiap hari saya berdoa semoga dapat suami yang baik, beriman, boleh menjaga saya dan keluarga saya. Di samping itu saya juga mengerjakan solat hajat dan istiqarah. Setiap kali saya solat istiqarah, wajah suami saya sekarang yang sering muncul dalam mimpi.

“Untuk menguatkan lagi jodoh dengannya, sekembalinya dari umrah, saya dapat tahu teman lelaki saya curang. Suami pula meluahkan isi hatinya yang dia sukakan saya,” katanya yang meminta media menghormati permintaannya supaya gambar, status dan siapa suaminya itu dirahsiakan daripada umum.

Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Tambah Syella, semua barang mewah dan mahal itu bukan dia minta tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.

“Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular