Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 November 2011

Minta gubal undang-undang pengamal ilmu hitam



GOMBAK – Kerajaan disaran menggubal undang-undang khas bagi membolehkan pengamal ilmu hitam yang terbabit atau bersubahat dalam kejadian jenayah didakwa di mahkamah.

Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Muhyidin Ismail berkata, peruntukan yang sama juga meliputi kes-kes melibatkan kecederaan dan kematian.

“Tindakan undang-undang perlu kerana sudah banyak kes syariah atau sivil di negara ini tidak dapat pembelaan sewajarnya gara-gara wujud unsur ilmu hitam atau sihir,’’ katanya ketika ditemui pada Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-12 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Seminar itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Md. Yusop Che Teh.

Menurut Muhyiddin, pada masa ini, peruntukan yang longgar di bawah undang-undang syariah atau sivil banyak menjejaskan proses pendakwaan membabitkan pengamal ilmu hitam dan sihir.

“Dahulu ada kes seseorang pancung kepala orang lain kerana disuruh oleh bomoh bagi mendapatkan nombor ekor, tapi hanya pembunuh itu didakwa tetapi bomoh itu terlepas begitu sahaja,’’ katanya yang merupakan penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung.

Beliau menegaskan, disebabkan tiada undang-undang khusus berkenaan sihir, penghakiman di mahkamah akan melihat bukti yang zahir seperti simptom secara fizikal dan mental dan pandangan pakar perubatan bertauliah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular