Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 November 2011

Seksualiti Merdeka 2011: Rakyat Malaysia Marah Membara

SEKUMPULAN penduduk melancarkan demonstrasi aman sebagai membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil, Baling, Kedah, semalam.





KUALA LUMPUR – Bantahan terhadap program mempromosikan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 semakin memuncak apabila pelbagai pihak di seluruh negara mengadakan demonstrasi membantah penganjuran acara itu.

Demonstrasi tersebut diadakan di kebanyakan masjid selepas selesai solat Jumaat, hari ini.

Di ibu negara, seramai 35 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Masjid Negara bagi menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur program tersebut.

Perhimpunan yang berlangsung kira-kira 10 minit itu diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Abdul Rahman berkata, Perkasa menggesa Jawi mengambil tindakan tegas dengan membawa perkara itu ke mahkamah supaya pihak penganjur dikenakan hukuman dan program berkenaan tidak diteruskan.

“Kami percaya bahawa apa yang dilaungkan oleh penganjur program ini adalah bertentangan dengan ajaran dan tuntutan Islam. Jadi, Perkasa berharap, tindakan tegas diambil terhadap penganjur program ini dan ia mesti segera dihentikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Di SHAH ALAM, kira-kira 100 umat Islam berhimpun secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan terhadap penganjuran program berkenaan.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang menaungi sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut dihadiri beberapa umat Islam dari Afrika dan Asia Barat yang dipercayai pelajar di salah sebuah universiti di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular