Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 6 November 2011

Tidak pernah terlintas genggam ijazah

Encik Mohd Saat Abdul Rahman (kiri) bersama Cik Norashikin Osman (tengah) dan Cik Nuha Mohd Kamal beramah mesra di upacara penyampaian ijazah MDIS.




SINGAPURA - BELIAU pernah terbaca di dada akhbar kisahkisah bekas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang berjaya ke menara gading.

Sebelum ini, tidak terlintas di fikiran bekas pelajar ITE MacPherson, Cik Nuha Mohd Kamal, bahawa beliau sendiri bakal merasakan ijazah dalam genggaman, lantas menyedarkannya bahawa pencapaian itu tidak mustahil.

Semalam, Cik Nuha, 26 tahun, menerima ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BA) dalam Pengurusan Hotel dan Peranginan dari Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS)-Universiti Southern Cross, sebuah universiti dari Australia.

Ini sekali gus menjadikannya antara bekas pelajar ITE yang menempuhi laluan lebih jauh untuk meraih ijazah mereka.

'Setelah beberapa tahun bekerja, saya sedar saya perlukan kelayakan lebih tinggi untuk mengorak langkah jauh,' ujar Cik Nuha.

Cik Nuha, yang bermula sebagai seorang penolong khidmat tamu telah dinaikkan pangkat dan kini menjadi penolong pengurus kelab di Traders Hotel.

Manisnya kejayaan meraih ijazah itu lebih dirasakan setelah menempuh perjalanan yang berliku.

Sebelum ini, beliau meraih Diploma Lanjutan dari Akademi Shangri-La dekat Beijing, China.

Di sana, beliau mengambil kursus intensif tiga bulan sebelum menyambungnya dengan latihan sambil bekerja selama dua tahun di Singapura.

Belum puas dengan segulung diploma, Cik Nuha tergerak untuk meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah Sarjana Muda di MDIS pula.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular