Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Mac 2010

Artis Malaysia dakwa disantau TKI


JOHOR BAHRU (Malaysia) : “Buat masa ini, saya hanya mampu melakukan beberapa perkara iaitu menjamah makanan, pergi ke tandas dan baring semula kerana badan kepanasan dan sentiasa berpeluh seperti duduk atas bara api.

“Ia mengakibatkan saya berhenti kerja dan terpaksa merahsiakan keadaan kesihatan daripada isteri dan anak-anak kerana tidak mahu membebani mereka atau melihat mereka bersedih,” kata bekas penyanyi kumpulan Grand yang terkenal dengan lagu duet bersama Syura berjudul Bila Cinta Didusta, Amy atau nama sebenarnya, Zuraimi Remeng, 34.

Zuraimi yang bekerja sebagai pemandu kepada seorang ahli perniagaan menderita akibat penyakit misteri sejak lebih sebulan lalu dipercayai akibat terkena santau angin ‘dikirim’ bekas pembantu rumah warga Indonesia majikannya yang sudah pulang ke negara asal kerana disyaki tidak berpuas hati.

Amy yang pernah bernaung di bawah Fantasia Music City (FMC) berkata, masalah bermula kira-kira sebulan lalu apabila beberapa helai pakaiannya yang diletak di bilik tidur disediakan majikannya di Larkin di sini, hilang.

Katanya, lebih pelik lagi kehilangan pakaian itu berlaku selepas seorang pembantu rumah di situ, pulang ke Indonesia.

“Saya tidak menuduh pembantu berkenaan melakukannya, namun ketika mendapatkan rawatan dengan pakar perubatan tradisional, dia mengatakan saya mungkin menjadi mangsa santau angin dari seberang,” katanya.

Zuraimi berkata, dia tidak pernah berselisih faham dengan wanita berusia 50-an itu, namun pembantu rumah itu dipercayai tersinggung apabila majikannya memberi layanan baik padanya.

Menurutnya, wanita terbabit disyaki iri hati apabila majikannya menyerahkan tugas menguruskan tabung kecemasan di rumah itu beberapa bulan selepas bekerja di situ.

“Bibik (pembantu rumah) pernah kata, tunggulah hingga dia pulang ke Bandung dia boleh kenakan individu yang menyakiti hatinya ketika bekerja di situ.

“Saya menjangka bibik hanya berjenaka, tetapi terkejut apabila dimaklumkan seorang pakar perubatan tradisional gangguan pada kesihatan saya angkara perbuatan sihit dari jauh,” katanya.

Beliau berkata, meskipun sudah melakukan ujian darah beberapa kali di hospital awam, doktor gagal mengenal pasti penyakit dihidapi menyebabkan dia tidak dibekalkan sebarang ubat.

Menurutnya, dia bukan saja kehilangan berat badan sehingga 15 kilogram, malah mengalami masalah lupa ingatan dan hilang pendengaran.

“Saya bukan individu yang mudah percaya ilmu hitam, namun apabila perkara itu melanda diri sendiri, saya terpaksa akui menjadi mangsa buatan orang kerana hingga kini pihak hospital tidak dapat mengesahkan jenis penyakit dialami."

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular