Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Malaysia Perolehi Emas Kejohanan Pelayaran Asis Ke 14

( Foto Hiasan )


LANGKAWI 29 Mac – Gandingan pelayar pelapis kebangsaan, Khairunnisa Mohd. Afendy dan Norashikin Mohd. Sayed memenangi pingat emas apabila mengungguli kelas International 420 (Wanita) pada hari keenam Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Shanwei, Guangdong, China.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia Mohd. Afendy Abdullah berkata, tiupan angin kencang antara 16 hingga 18 knot dengan keadaan ombak yang tidak berubah setinggi dua hingga tiga meter, memberi kelebihan kepada pelayar negara.

Gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd. Hafizuddin Mazelan pula berjaya merampas kedudukan tangga kedua terbaik keseluruhan kelas International 420 (Lelaki) dan peluang mereka untuk memenangi pingat perak adalah cerah, katanya menerusi emel di sini hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut berpeluang memenangi beberapa pingat lagi melalui pelayarnya yang sedang bertarung seperti pelayar elit, Mohd. Romzi Mohamad (kelas Laser Radial), Mohamad Farhan dan Ahmaf Latif Khan (kelas Optimist).

Pada perlumbaan semalam, pelayar pelapis kebangsaan Ahmad Latif Khan memintas rakan sepasukannya untuk menduduki tangga kedua kelas Optimist Lelaki, manakala Mohamad Farhan ketiga.

Pelayar tuan rumah Zhang Xiao mempunyai peluang cerah menggondol emas.

Dalam kelas Optimist Wanita, Nurul Izzatul Akmal berada pada tangga kelima dan Nur Liyana Mohd. Latif di tangga keenam.

Pelayar Thailand Nappakao masih mendahulu kelas itu. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular