Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 21 Mac 2010

Minta Maaf Sebelum Maut

REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, semalam.



GUA MUSANG: “Sebelum bertolak kira-kira 4 pagi semalam, arwah berulang kali bersalaman dengan pak cik dan meminta maaf kepada ibunya akan kesilapan lampau dilakukan sepanjang hidupnya.

Keganjilan perangainya begitu ketara dan tidak sangka ia menjadi petanda akan kehilangannya selama-lamanya,” kata Hussein Awang, 73, bapa Mohd Amli Hussein, 43, yang maut dalam kemalangan kira-kira 6.15 pagi semalam.

Dalam kemalangan itu, tiga beranak maut manakala empat lagi parah selepas Honda Civic dinaiki mereka bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.

Kejadian di Kilometer 51 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Paloh, dekat sini, berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Salor, Kota Bharu ke Kajang, Selangor.

Tragedi memilukan itu berlaku sebaik lori berkenaan mengelak sebuah kereta yang memotong di hadapannya menyebabkan kenderaan terbabit terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Situasi mencemaskan itu menyebabkan Honda Civic yang dipandu Mohd Amli dari Kuala Krai ke Gua Musang bertembung lori dari arah bertentangan membuatkan tiga penumpangnya maut.

Pertembungan itu menyebabkan lori berkenaan terjunam ke cerun manakala kereta terbabit terbabas dalam longkang di kawasan itu.

Kemalangan itu menyebabkan tiga beranak, Mohd Amli, isterinya, Noora Mohd Zawi, 40, dan seorang anak mereka, Hakimi Akhmal, 12, yang menetap di Taman Jasmi, Kajang, Selangor, maut di tempat kejadian.

Penumpang yang cedera ialah dua anak mangsa, Sofi Mohd Amli, 7, dan Safiq, 5, manakala dua lagi anak saudaranya, Nurul Fazira Mohamad, 16, dan adiknya, Amrul Akhmal, 14, turut dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk menerima rawatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular