Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Mac 2010

CINTA GADIS FILIPINA: Suami Tinggalkan Anak - Isteri

(Foto hiasan Gadis Filipina )


KUALA LUMPUR:-- Akibat kemaruk panahan cinta gadis Filipina, seorang suami sanggup meninggalkan isteri dan enam anaknya lebih empat bulan lalu untuk menetap sebumbung bersama gadis berkenaan secara tidak sah.

Bagaimanapun, lelaki dan gadis Filipina berusia awal 20-an terbabit dicekup ahli jawatankuasa surau dan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan lebih sebulan lalu.

Difahamkan, lelaki tempatan terbabit berusia 40-an ditangkap kerana bersekedudukan dengan gadis warga asing terbabit di sebuah unit pangsapuri disewa di Damansara di sini, kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Isteri lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 40-an, berkata operasi membanteras maksiat itu dilakukan ahli jawatankuasa surau dibantu polis selepas menerima aduan penduduk.

“Suami saya sanggup berhabis ribuan ringgit di samping mengirim wang kepada gadis terbabit di negara asalnya supaya dapat datang ke Malaysia untuk hidup bersama. Perkara ini membuat hati saya dan anak-anak terluka.

“Malah, sejak mengenali gadis Filipina itu, suami saya langsung tidak pulang ke rumah, jauh sekali untuk menjenguk keadaan kesihatan atau makan minum dan anak-anaknya,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa mengambil masa hampir 10 minit untuk mengetuk rumah pintu rumah didiami suami dan kekasihnya itu.

“Selepas menunggu, suami saya yang hanya berseluar panjang dan tidak berbaju muncul di depan pintu rumah sebelum ahli surau menyatakan tujuan serbuan itu. “Selepas lampu dipasang, didapati wanita terbabit berada dalam sebuah bilik yang agak berselerak dan hanya berpakaian nipis hingga menampakkan susuk tubuhnya,” katanya.

Katanya, hasil soal siasat, suaminya itu mendakwa berehat sambil ‘mengajar’ serba sedikit soal agama berikutan gadis itu dipercayai baru memeluk Islam sebulan lalu.

Berikutan itu, pasport gadis terbabit dirampas dan laporan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. Bagaimanapun, kedua-dua pasangan terbabit dibebaskan selepas diikat jamin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular