Dalam Foto ini Mohd. Aiseri menunjukkan senarai penerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan di Kota Bharu
KOTA BHARU - Majlis Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di Istana Balai Besar di sini hari ini bukan dianjurkan sempena acara perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-60.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias yang menyampaikan titah perintah Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berkata, penganugerahan itu semata-mata anugerah daripada Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah mendapat perkenan oleh baginda sendiri.
"Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung pada hari esok (hari ini)," katanya pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini.