Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Pukul Isteri: Polis Cari pelakon hilangkan diri



KUALA LUMPUR: --Polis sedang menjejaki seorang pelakon filem dan drama popular sekitar awal 90-an berhubung kes memukul isterinya hingga mengakibatkan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata kejadian itu berlaku di rumah artis berusia 41 tahun itu di Kampung Cheras Baru, Ampang di sini, Rabu lalu kira-kira jam 7 pagi.

"Insiden itu berlaku kerana ada perselisihan faham dan isteri pelakon itu juga mendakwa bahawa beliau sering dipukul suaminya.

Isteri pelakon itu juga mengesyaki suaminya turut terbabit dalam penagihan dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Koperal Khalid Che Ros di rumah anggota polis itu di perumahan polis Taman Keramat Permai di sini.

Abdul Jalil berkata, tidak tahan dengan perbuatan suaminya, isteri pelakon itu yang berusia 28 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.

Beliau berkata, sejak kejadian itu juga pelakon itu telah menghilangkan diri dan pihak polis sedang mengesannya untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Antara filem terbitan tahun 90-an yang pernah dilakonkan beliau termasuk Harry Boy, Azizah - The Legend dan Riang Tirana. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular