Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Isteri 22, Penageh Dadah - Suami Jual Anak RM2,000


IBU tunggal yang ditahan kerana positif dadah mengaku tinggal anak lelaki berusia empat tahun di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra.


ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.

Wanita itu yang positif dadah mengaku dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun. Dia juga mendakwa, bekas suaminya yang juga seorang penagih dadah mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga RM2,000.

“Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu, saya membawa anak lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.

“Bagaimanapun apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ.

“Saya hanya mengetahui mengenai anak saya selepas terbaca dan ternampak gambarnya dalam akhbar,” katanya ketika ditemui selepas ditahan di Balai Polis Kuala Kedah, petang kelmarin.
Dia adalah antara 50 penagih yang ditahan dalam Ops Tapis yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, kelmarin.

Sementara itu, ibu tunggal berkenaan yang kini hamil tiga bulan dan mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima bulan mengaku mula mengambil dadah jenis syabu dan ganja sejak berusia 13 tahun selepas diajar rakan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Jalan Putra, di sini.

Dia yang berasal dari Kampung Kejai, Kuala Nerang, berkata berkahwin pada usia 17 tahun dengan bekas suaminya yang turut mengajarnya mengambil dadah jenis heroin melalui suntikan.

“Sejak menggunakan suntikan saya semakin ketagih dan sehingga kini pernah mengambil suntikan di lengan, leher dan di paha,” katanya.

Dia yang kini bekerja sebagai pemotong ikan di pelantar siput itu juga mengakui anak keduanya mengalami kesan ketagihan akibat pengambilan dadah ketika mengandung.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular