Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Mac 2010

RTM Sambut Ulang Tahun Ke-64 Mulai 1 April



KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan karnival empat hari sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-64 bermula 1 April di Angkasapuri di sini.

Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Penyiaran Malaysia, Md Shahri Saripan berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadual menghadiri perhimpunan khas sempena sambutan itu di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Beliau berkata pada 2 April, kakitangan RTM akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Angkasapuri, diikuti konsert Merentas Zaman manakala Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Genarasiku pula akan berlangsung pada 3 dan 4 April.

"Program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Genarasiku ini juga dapat meyakinkan masyarakat bahawa RTM sebenarnya adalah stesen milik rakyat. Kumpulan sasaran utama program ini adalah golongan muda yang terdiri daripada remaja dan belia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara media dan penerbit-penerbit rancangan TV dan Radio RTM di Wisma TV, Angkasapuri di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular