Nuffnang Ads
SAJIAN KAMI
BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..
Rabu, 24 Mac 2010
Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara Maju
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tumpuan harus diberikan kepada pembangunan infrastruktur bertahap dunia untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) adalah satu yang boleh dikatakan sebagai 'key enabler' untuk merubah Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.
"Sudah pasti bahawa perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi ini akan menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Abad ke-21," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan HSBB di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.
Katanya perkhidmatan HSBB ini memberi kesan yang amat besar sebagai pemangkin kepada peningkatan ekonomi, meningkatkan lagi daya saing negara, memberi keyakinan kepada pelabur dari luar dan dalam negara, menjadi sesuatu yang boleh mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dan menjadi satu lagi punca yang boleh menyebar luas segala maklumat dan pengetahuan kepada rakyat jelata.
"Tidak syak lagi HSBB ini juga akan mengubah daya hidup kita menjadi lebih canggih, menjadi lebih sofistikated, menjadi lebih mudah untuk kita berhubung antara satu sama lain.
"Sebagai contoh, saya juga telah menggunakan perkhidmatan ini apabila saya menjemput 300 rakan laman Facebook saya untuk minum petang dengan saya baru-baru ini.
Daripada 138,000 yang sudah daftar sebagai rakan Facebook saya, saya telah menjemput 300 hadir di jamuan teh. Saya rasa melalui cara ini saya dapat berkomunikasi dengan rakyat secara langsung," katanya.
Inisiatif jalur lebar ini diputuskan oleh Najib yang juga ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2007 dan turut mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai jalur lebar sebelum diambil alih Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan pelaksanaan inisiatif penting negara ini.
Najib berkata kerajaan memutuskan melancarkan usahasama antara kerajaan dan swasta dalam bentuk perkongsian awam dan swasta di mana kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion dalam masa tiga tahun setengah dan Telekom Malaysia menyediakan RM8.9 bilion dalam masa 10 tahun.
Beliau berkata perkhidmatan HSBB ini perlu difahami dan dihayati bahawa ia adalah kebaikan kepada negara, ekonomi, daya saing serta kepada individu bagi memastikan permintaan terhadap perkhidmatan berkenaan terus meningkat.
"Oleh itu, selain daripada perbekalan dan perkhidmatan yang berkualiti, kita hendak beritahu rakyat bahawa ini adalah untuk kebaikan mereka. Saya berharap perkara mengenai pendidikan awam juga kita lakukan supaya permintaan terhadap HSBB ini akan terus meningkat," katanya.
Pada majlis pelancaran itu juga, Najib mengumumkan enam inisiatif iaitu pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti (PJK) ke rumah di mana satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.
Beliau juga mengumumkan penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna serta e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim yang melibatkan 1,100 mukim di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
Di bawah inisiatif ini juga, bagi liputan selular awam, sebanyak 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.
Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara, katanya.
Najib berkata Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.
PENCARIAN DIBLOG INI
Arkib Blog
-
▼
2010
(3899)
-
▼
Mac
(319)
- Pelajar Pintar 15, Mahu Kahwin Pemuda Pilihan
- Senarai penerima pertama Biasiswa Nasional 2010
- Kanak-Kanak Punyai 2 Alat Kelamin ??
- Polis Indonesia: Masih Keliru Mayat Yang Dipotong...
- Inilah Prosesi Siraman Nia Ramadhani yang Haru Biru
- Pelakon Sinetron Badrul Dibawa Ke Mahkamah
- Jawatankuasa khas kaji beban guru ditubuh
- BELASAH ISTERI: Badrul Muhayat Ditahan
- Din Beramboi kritikal dijangkiti virus kencing tikus
- Murid Pulang Ke Rumah Kerana Guru Mogok...
- TKI: Sri Haryati Meninggal Akibat Didera di Arab ??
- Demam Dengue Berdarah Bertambah di Klaten
- RASUAH: Hakim Masuk Perangkap
- Aktris Senior Ditipu Kerabat Jusuf Kalla ??
- KELANTAN: Majlis Kurniaan Pingat Diteruskan
- KERETA NASIONAL: Satria Neo R3 Dilancar !!
- Malek Noor Dan Ella Terima Pingat
- BOT KARAM DISABAH: Lima Warga Indonesia Lemas
- Sekolah Di Sarawak, Sabah Dan Labuan Dibenar Ambil...
- Pesalah pertama dihukum mahkamah malam
- Gara-Gara Bawa Balik Komputer Tuntut Gaji - Jer...
- Keranda bersadur emas di Muzium Negara
- Dewi Perssik : Jangan Campor Adukkan Hiburan Deng...
- PUTUS CINTA: Pemuda Potong Alat Kemaluan
- 4 Warga Indonesia Merompak Guna Senjatapi
- PAKATAN: Mahu Pemangku Sultan Kelantan Bertindak
- Air Dari 7 sungai Untuk Upacara Nikah Nia Ramadhani
- Manohara Pengsan di Teater Jakarta
- Imigresen percaya 16 rakyat asing masih berada di ...
- Penduduk Kampung Hasilkan ala " Formula 1"
- Sepupu Sultan Kelantan dilantik anggota MPN Kelantan
- Ular Sawa: Telan Tiga Ekor Kambing Ditangkap
- Penyanyi Dangdut: Nafi Melakukan Bedah Plastik
- LAGI NIKAH BAWAH UMOR: Tok Kadhi Diburu !!!
- Promosi Wisata, Dua Remaja Malaysia Arungi Selat M...
- Perbankan Indonesia Terendah Di Asia ??
- Malaysia Perolehi Emas Kejohanan Pelayaran Asis Ke 14
- KASINO RIMBA: Kaut Wang Pertaruhan RM20,000
- 30 Kepala Paip Hilang: Sukarkan Jemaah Beribadat
- Isteri 22, Penageh Dadah - Suami Jual Anak RM2,000
- Suami mati mengejut dalam hotel
- 60 Peratus Warga Cirebon Nikah Siri
- FACEBOOK: 13 Perkara Keburukannya
- Ayah Simbah Asid ke Muka Anak Tiri
- Warga Dumai Protes Peternakan Babi
- Salim 70, Sudah 7 Tahun Dikurung Dalam Sangkar
- TAKRAW: Selangor Malaysia Tentang Riau Indonesia
- Ayah 6 Anak -- Perkosa Puterinya Hingga Hamil 5 Bu...
- Wanita terlantar sakit selepas bedah bisul
- Pukul Isteri: Polis Cari pelakon hilangkan diri
- Kuala Lumpur Dan Jakarta Bergelap 1 Jam
- Pemangku Sultan Kelantan Sampaikan Sumbangan
- Muzaffar Dikecam Kerana Anjing
- Ayah Meninggal: Inul Daratista Pingsan
- Golok Betok Pusaka Asli Betawi Berusia 800 Tahun
- Penyanyi Maia Estianty: Jangan Panggil Aku Janda!
- Medan Perolehi 40 Ton Ikan Dari Malaysia
- Sudah Janda Dihamili Ayah Kandung Pula
- Indonesia Alu Cadangan Malaysia-- Hapus Tarif Buku...
- Dadah Bernilai Rp800 Juta dari Malaysia ??
- Gadis Pukul Kekasih Depan Khalayak
- Kerana Harta -- Ayah Dipukul
- Malaysia Raih Perak Kejohanan Dunia Berbasikal
- Suami Isteri Jualan Daging Kera
- HEBOH: Mayat Hilang Dari Kubur !!!
- Indonesia Membolehkan Nikah Sesama Bawah Umor ??
- INDONESIA: Nikah melalui internet tidak Sah
- HIMPUNAN PONDAN SEDUNIA: Hotel Oval Di Surabaya ...
- HINA NABI: Lebih 500 NGO Berarak ke Kedutaan Sw...
- PEMANGKU SULTAN : Watikah Titih pelucutan jawat...
- Malaysia selamatkan 1,252 mangsa
- PDRM: BioFIS Berkesan 1,015 Kes Jenayah Di Malaysia
- Baru Setahun Kahwin -- Dapat 3 cahayamata
- AKIBAT SELINGKUH: Punca Perceraian Di Indonesia
- Tesco tawar pengurangan harga sehingga 40 peratus
- 4 Anak Tercampak Keluar Kereta
- PEMANGKU SULTAN: Setiausaha Sulit’ Sultan Kelantan...
- Pemangku Sultan Kelantan: Tengku Muhammad Faris ke...
- NIKAH BAWAH UMOR: Ramayani Juga Bernikah lelaki 5...
- Disangka Mati -- Rupanya Berada Di Malaysia
- Pemangku Sultan Kelantan: Tengku Aziz Pemangku Ra...
- Tenaga Kerja Indonesia Ditemui Mati
- Anti Pornografi: Bali Tidak Terbabit
- Cipta Rekod Indonesia: Bayi Seberat 8,7 kilogram D...
- Kes Dadah: Pemuda Lesap Diperbicaraan
- CINTA GADIS FILIPINA: Suami Tinggalkan Anak - Isteri
- JANDA KAYA : Isteri Mohon Bercerai
- NIKAH BAHAWA UMOR: Azhar Ditahan
- Rebut anak: Mahkamah Syariah tolak rayuan juruterbang
- RTM Sambut Ulang Tahun Ke-64 Mulai 1 April
- Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara ...
- RASUAH: Dua lelaki cuba perdaya Datuk Bandar JB R...
- Ular Sawa Berjaya Ditangkap
- NIKAH LAGI: Suami 60 - Isteri ke 7 12 Tahun
- Presiden Arahkan Kes Susno ke Proses Pengadilan
- Perhimpunan Pondan Sedunia Di Bandung - Ditolak ?
- UN: Guru Bantu Pelajar Bagi Jawapan ?
- AWAS: Permainan Bunuh ‘malaikat maut’ boleh meme...
- Kerajaan Malaysia: Tanggung RM171 Juta Belanja Tah...
- Naskah Melayu Dibeli Malaysia
-
▼
Mac
(319)
Pengikut
Ads
Catatan Popular
-
JAKARTA - Angka 13 kerap kali dikaitkan dengan sebuah kesialan. Paling tidak itu yang dialami seorang siswi SMK. Dirinya diperkosa 13 pe...
-
Foto ini beredaran di internet. JAKARTA - Beberapa waktu lalu, pedangdut Siti Badriah diterpa isu foto syur. Foto bugil wanita mirip ...
-
LAMPUNG - Perbuatan tidak senonoh semacam ini patut dijadikan pembelajaran penting bagi orangtua dan guru di sekolah. Bagaimana tidak,...
-
INDRALAYA - Sum saat ditemui wartawan di SPK Polres OI mengaku sebelum digerebek warga, malam itu memang melakukan hubungan badan satu kali...
-
JAKARTA - Penampilan Anang dan Ashanty di Dahsyat, Minggu (8-1) kemarin menjadi bahan perbincangan di dunia maya. Pasalnya, pakaian yang di...
-
JAKARTA - Model dan aktris Baby Margaretha mengaku diintai kamera saat buang air kecil di toilet sebuah restoran. Tapi Baby tahu siapa pe...
-
SAMPIT, (Kalteng) - Pemain video syur berdurasi 3 menit 59 detik terungkap. sang wanita memang benar siswa SMAN 1 Sampit dan telah dilkelu...
-
PEKALONGAN - Sepasang pelajar SMA di Pekalongan, Jawa Tengah tertangkap basah tengah berbuat mesum didalam bilik warnet. Petugas yang meng...
-
MANOKWARI - Jaksa Penuntut Umum (JPU),Lan Woretma,SH menuntut terdakwa bersial M (14 tahun) selama 3 tahun penjara dan denda Rp 30 juta sub...
-
MEDAN - Akhir pekan kemarin, warga Kota Medan digegerkan beredarnya foto mesum mirip seorang oknum Pegawai Negeri Sipil (PNS) yang dise...