Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Mac 2010

JANDA KAYA : Isteri Mohon Bercerai

Zulkifli menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.



JOHOR BAHRU: Segelintir suri rumah mata duitan sanggup memperjudikan rumah tangga termasuk memujuk suami menceraikan mereka demi memperoleh status ‘janda segera’ gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma oleh bomoh puja nombor ekor di bandar raya ini.

Perbuatan bomoh itu dibongkar seorang suami yang hidup tertekan dan keliru akibat desakan isteri supaya menceraikannya semata-mata kerana mahu memiliki kemewahan hidup secara mudah biarpun menyedari dia bakal dipersembahkan kepada syaitan atau dijadikan objek perantara ketika sesi pemujaan nombor ekor.

Zulkifli Abu Hassan, 38, yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, dia tidak menyangka isterinya yang berusia 30-an termakan pujukan bomoh yang didakwa menawarkan duit poket hingga RM1,000 sebulan selain janji manis akan menanggung segala kos makan dan minum serta sewa rumah sekiranya bersetuju menuruti kehendak gilanya itu.

Menurutnya, dia juga terkilan sikap isterinya yang bersedia mencari rezeki dengan cara tidak halal termasuk menceburi amalan khurafat apabila dijadikan barang perantara utama ketika pemujaan nombor ekor dilakukan bomoh dikenali sebagai Pak Ungku.

“Kononnya syarat yang dikenakan bomoh itu hanya satu iaitu menghendaki isteri berpisah dengan saya dan bergelar janda secepat mungkin bagi membolehkan dia dijadikan perantara ketika pemujaan nombor ekor yang akan dilakukan bersama kaki judi.

“Lebih pelik, biarpun sudah menjadi teman hidup saya lebih 16 tahun, syaitan bertopengkan manusia yang dikenali isteri sejak lebih setahun lalu itu mampu mempengaruhi pemikirannya tanpa memikir masa depan keluarga dan nasib enam anak kami.

“Bomoh berusia 60-an yang kononnya terkenal dengan kepandaian ilmu tarik wang dan harta karun itu meracuni pemikiran isteri termasuk berjanji menyediakan segala keperluan dan menjamin kebahagiaan isteri saya sepanjang hayat selepas bergelar janda,” katanya yang membuat dua laporan di Balai Polis Nusajaya, dekat sini.

Zulkifli berkata, dia juga tertekan dengan tindakan isterinya yang didakwa bersikap terburu-buru mahu bercerai biarpun dia berusaha memulihkan hubungan mereka demi menyelamatkan rumah tangga dan masa depan anak-anaknya yang berusia 11 bulan hingga 16 tahun.

“Malah, perbuatan isteri membawa keluar empat anak termasuk anak bongsu bersamanya juga mengakibatkan saya semakin bimbang keselamatan mereka,” katanya mendakwa bomoh terbabit juga dipercayai melakukan perbuatan sama pada pasangan suami isteri lain sebelum ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular