Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Ayah Simbah Asid ke Muka Anak Tiri



GUA MUSANG:-- “Saya hanya berdoa supaya cepat sembuh untuk memulakan kehidupan baru dan meneruskan hasrat belajar di sekolah agama,” kata remaja berusia 16 tahun yang mengalami kecacatan teruk di muka dan badannya akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya pada Ogos tahun lalu.

Katanya, dia cuba bersabar menghadapi penderitaan itu dengan semangat yang diberi oleh nenek dan ibunya.

“Kejadian itu amat pedih apatah lagi memberi penderitaan seumur hidup. Saya berharap boleh pulih seperti biasa. Saya baru saja selesai pembedahan mata kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, bulan lalu.

“Mata sebelah kiri masih boleh melihat tetapi samar dan perlu bantuan ahli keluarga sekiranya ingin berjalan di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di sini.

Dalam kejadian Ogos tahun lalu, remaja itu menjadi mangsa rakus bapa tirinya sendiri apabila dibawa membonceng motosikal sebelum dirogol serta disimbah cuka getah di sebuah kebun dekat Rancangan Tanah Felda Aring Enam.

Kejadian ngeri itu menyebabkan mukanya melecur teruk serta mengalami kecacatan kedua tangan serta badan manakala bapa tirinya mati selepas membunuh diri.

Kejadian itu menyebabkan dia terlantar lebih empat bulan di HUSM dan kini tinggal dengan neneknya untuk memudahkan berulang alik bagi mendapatkan rawatan tiga hari sekali di Pusat Kesihatan Bandar Ciku.

Katanya, kecederaan teruk yang dialami menyebabkan dia terpaksa melupakan persekolahan.

“Saya terpaksa menumpukan terhadap rawatan pemulihan termasuk pembedahan plastik pada hidung dan telinga kanan.

“Saya bersyukur kerana setiap hari diberi semangat dan galakan oleh ibu dan nenek yang mengajar supaya menerima hakikat bahawa saya kini cacat,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular