Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

Suami mati mengejut dalam hotel



MELAK
A: Percutian sepasang suami isteri berasal dari Simpang Renggam, Johor ke negeri ini sambil menyaksikan pertunjukan sukan ‘kereta drift’ bertukar tragedi apabila si suami ditemui mati mengejut di sebuah bilik di hotel penginapan mereka di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Wong Noon Huat, 28, dipercayai meninggal ketika tidur dan kejadian disedari isterinya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan R Gunarajan, berkata hasil siasatan awal terhadap isteri mangsa, Kerk Sey Chee, 24, polis mendapati pasangan terbabit mendaftar masuk ke hotel terbabit kira-kira jam 3.20 pagi selepas menyaksikan pertunjukan berhampiran Eye Of Malaysia.

“Setakat ini kami tidak mengesyakinya sebagai perbuatan jenayah berhubung kematian mangsa dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Namun, siasatan lanjut masih dilakukan. Malah, kami juga sudah menghantar mayat mangsa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Gunarajan berkata, polis juga dimaklumkan oleh isteri mangsa suaminya itu tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum itu serta tidak mengambil apa-apa ubat ketika tidur.

“Kami perlu mendapatkan laporan bedah siasat oleh doktor pakar patalogi terlebih dulu sebelum membuat sebarang kesimpulan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular