Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Mac 2010

Tenaga Kerja Indonesia Ditemui Mati

( Foto hiasan)



KUANTAN 25 Mac — Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan hentakan objek keras di kepala, di kawasan ladang sawit Jengka 23, dekat Maran, semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata buruh kontrak yang hanya dikenali sebagai “Ranu”, 30an, itu dipercayai mati akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.

Beliau berkata polis turut menemui satu ”kuku kambing” yang dipercayai dijadikan senjata untuk memukul Ranu, dan sedang memburu seorang lagi buruh kontrak yang berumur 30 tahun yang merupakan rakan serumah Ranu untuk membantu siasatan.

Katanya mayat Ranu ditemui oleh seorang rakannya yang bersama-sama bertugas membuat kerja-kerja pemasangan paip air di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 8.40 pagi.

"Dia menemui titisan darah di rumah kongsi itu, dan kemudian menemui Ranu tertiarap kira-kira 80 meter dari rumah kongsi berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Maran dengan menelefon 09-4771222 bagi membantu siasatan. — Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular