Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 22 Mac 2010

P Ramlee Bersuia 81 Tahun



KEHADIRAN Tan Sri P Ramlee dalam bidang seni memang tiada tolok banding. Beliau mencipta nama sebagai anak seni menerusi bidang nyanyian pada 1947 apabila menjuarai Pertandingan Radio Pulau Pinang dan setahun selepas itu terbabit menjadi pelakon menerusi filem pertama, Chinta.

Semalam adalah hari kelahirannya. Jika beliau masih hidup, usianya mencecah 81 tahun, tetapi takdir hidupnya singkat, dia meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun.

Biarpun P Ramlee atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh sudah tiada, legasi yang ditinggalkan menerusi filem dan lagunya masih segar di ingatan peminat. Menariknya, peminat tidak bosan menonton filemnya berulang kali hingga turut diminati generasi baru.

Kalangan peminatP. Ramli , muncul Musly Ramlee yang mencuba nasib dalam bidang seni. Bagi mereka yang pernah menyaksikan lakonan Musly menerusi drama atau pementasan teater P Ramlee The Musical yang pernah di Istana Budaya, Kuala Lumpur dua tahun lalu, dia pelakon berbakat besar.

Apa yang melayakkan dia melakonkan watak P Ramlee dalam pementasan musim kedua itu ialah dia memiliki nada suara dan mampu meniru lakonan Seniman Agung itu dengan baik. Nyata, lakonannya di samping Emelda Rosmila (Azizah), Liza Hanim (Saloma), Melissa Saila (Norizan) dan Atilia (Junaidah) berjaya.

Di sebalik kejayaan itu, mungkin tidak ramai yang tahu latar belakang Musly dan mengapa dia begitu meminati P Ramlee hingga memberikannya idea mencipta nama dalam bidang seni.

Musly atau nama sebenar, Musly Amir Mohamed Ramli, 42, berasal dari Bagan Datoh, Perak mula mencuba nasib menerusi Pertandingan Bintang P Ramlee peringkat Kebangsaan pada 1996. Dia yang membawakan lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit duet bersama isteri, Hamidah Ismail dan lagu Jangan Tinggal Daku berjaya memikat juri hingga bergelar juara.

Pada pertandingan itu, dia bersama isteri menang kategori Persembahan, Pasangan Terbaik dan juara yang membawa pulang hadiah wang tunai RM17,000.

"Ada yang suka dengan aksi saya dan tidak kurang ada yang kata saya gila. Ketika di pentas, saya bukan hanya menyanyi, tetapi turut selit dialog filem P Ramlee.

"Saya berasakan dialog dalam filem P Ramlee mempunyai banyak mesej yang mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Walau apa jua pandangan orang lain terhadap saya, ia tidak menjadi masalah.

"Apa yang penting, saya tahu apa yang saya perjuangkan dalam bidang seni ini. Seringkali orang yang bertemu saya, tanya apa perasaan saya apabila meniru gaya P Ramlee.

"Dalam menjiwai lakonan P Ramlee, saya pernah ziarah kuburnya jam 3 pagi dan sering berkunjung ke Pustaka P Ramlee. Namun, sepanjang terbabit dalam bidang seni saya belum pernah bermimpi P Ramlee kecuali isteri saya," katanya.

Mengenai karier seni, Musly yang baru selesai penggambaran drama Bujang Sepah Lalalitamplom dan Rendang Madu akan terbabit dengan drama 13 episod, 3 Jambul dalam masa terdekat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular