Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Mac 2010

BOT KARAM DISABAH: Lima Warga Indonesia Lemas

( Foto hiasan)



TAWAU 30 Mac - Sebuah bot laju yang membawa 22 warga Indonesia karam di perairan Tawau, kira-kira dua kilometer dari pantai, mengakibatkan lima orang, termasuk tiga kanak-kanak lemas manakala 17 yang lain selamat dalam kejadian pada 8.20 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata, mereka yang terbunuh ialah Eppy Jupri, 3, Hairi Patta, 7, Aswin Asri, 13, Sonna Bakar, 25, dan Justina Omar, 31.

Tujuh belas mangsa yang selamat pula ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur lima bulan iaitu Asrul Hamsa, pemilik bot Loneng Kadir, 57, Hamsah Baso, 28, Sapian Bacho, 45, Kassim Sapian, 22, Aldi Jupri, 1, Iwan Jumat, 17, Muliadi Mato, 23, Mustapah Bakri, 22, Sukardi Umar, 34, Ayu Bali, 16, Efa Kahar, 15, Erna Salim, 20, Sumiati Lorang, 22, Yati Mapa Sungkai, 30, Musdalifah Moh Ali, 9, dan Samsiah Olleh, 51.

Kesemua mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun juragan bot berkenaan yang dikenali sebagai Antok, 30, telah menghilangkan diri dan polis sedang mengesannya dengan meminta bantuan konsul Indonesia di sini.

Ibrahim berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala lima mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di hospital.

Dua belas orang lagi ditempatkan di pejabat Konsul Indonesia di sini selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Ibrahim berkata bot berkenaan dalam perjalanan ke Tawau dari Nunukan apabila terlanggar benda keras dipercayai kayu lalu pecah sebelum tenggelam.

Katanya, tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat berjaya mengurangkan jumlah mangsa yang lemas dalam tragedi itu. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular