Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Mac 2010

KASINO RIMBA: Kaut Wang Pertaruhan RM20,000




KUALA LUMPUR: Pusat perjudian ala ‘kasino rimba’ tumpas selepas digempur pihak berkuasa, semalam dan dipercayai beroperasi sejak dua minggu lalu, malah penganjur didakwa mampu mengaut kira-kira RM20,000 bagi satu-satu pertaruhan dan dipercayai terbesar seumpamanya bagi tahun ini.

Dengan menjadikan aktiviti laga ayam dan bola golek sebagai pertaruhan utama, lokasi pusat perjudian terbabit didapati agak tersorok daripada pandangan masyarakat selain berselindung di sebalik rumah kongsi projek pembinaan kondominium berhampiran sebuah sekolah di Taman Melati, di sini.

Malah, sebelum serbuan dilakukan kira-kira jam 4 petang, rata-rata pengunjung dipercayai kaki judi sudah memenuhi kasino rimba berkenaan dan leka memerhati ayam sabung beraksi tanpa menyedari lokasi perjudian itu sudah dikepung pihak berkuasa.

Dalam serbuan Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) serta cawangan sama dari ibu pejabat polis daerah (IPD) dalam kontinjen itu, ‘tauke’ atau penganjur taruhan turut ditahan selepas cuba menaiki kenderaan diletakkan di bahagian luar rumah kongsi terbabit sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, memberitahu serbuan dilakukan berdasar maklumat diterima daripada orang awam selain risikan selama tiga hari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular